Makanan
Tradisi suku Kaum Suluk
Pengenalan
Masyarakat
Malaysia kurang mengenali siapa sebenarnya suku kaum Suluk yang terdapat di
Sabah. Orang Suluk tidak memanggil diri mereka Suluk melainkan menggelar diri
mereka Tausug yang membawa maksud "Orang dari Sulu". Suluk di Negeri
Sabah tertumpu di kawasan Sandakan, Tawau, Lahad Datu, Semporna, Kunak, Kudat
dan Kota Kinabalu. Perkampungan awal orang Suluk yang masih boleh dilihat
sehingga hari ini ialah Pulau Tambisan yang mana masyarakat Suluknya dominan
mengamalkan cara hidup orang Melayu.
Selain
terkenal dengan pakaian tradisi, adat resam dan budaya. Suku kaum Suluk kaya
dengan kepelbagaian jenis makanan tradisi mereka baik daripada makanan berkuah,
makanan laut kepada aneka kuih-muih tradisi suku kaum suluk. Kepelbagaian dan
perbezaan makanan suku kaum suluk ini dengan tradisi Melayu telah menyebabkan
suku kaum ini dikenali dengan hanya makanan tradisi mereka. Contohnya Tiyula
Itum. Sebut sahaja nama tersebut, suku kaum lain seperti Bugis, Bajau, dan
lain-lain akan mengenalinya sebagai makanan utama suku kaum Suluk.
Adat
resam dan makanan tradisi suku kaum suluk masih lagi diamalkan dalam etnik
tersebut. Suku kaum Suluk terkenal dengan makanan tradisi mereka yang sudah
menjadi makanan khas setiap kali ada perayaan diadakan seperti majlis
perkahwinan, kenduri-kendara dan sebagainya. Walaupun, masa telah berubah ke
arah pemodenan namun, suku kaum ini begitu menghormati makanan tradisi mereka
iaitu makanan tradisi mereka mesti ada dihidangkan dalam majlis-majlis yang
diadakan walaupun makanan “moden” telah mendominasikan makanan tradisi suku
kaum tersebut.
Antara
makan jenis-jenis makanan yang berkuah suku kaum Suluk ialah Tiyula Itum,
Sinagul, Tiyula Istah dan banyak lagi. Jenis makanan mentah pula terdiri daripada
Kinilau, agar-agar, tihi-tihi, Gamay dan sebagainya. Kuih-muihnya pula adalah
seperti tabit-tabit, ja,pitis,wadjit,panganan,durul, patulakan,bibingka,
patolakan dan sebagainya.
Jenis-jenis makanan Suku Kaum
Suluk.
1. sup
hitam Tiyula Itum
Makanan
tempatan suku kaum Suluk yang paling popular adalah sup hitam Tiyula
Itum ia daripada Daging dan dimasak dengan Kelapa bakar yang sudah
dihancur sebagai perencah kepada sup.
Daging yang sudah dihiris atau dipotong menjadi potongan kecil akan
diperap dengan kunyit, selepas itu daging tersebut akan digaul dengan kepala
bakar yang sudah hancur dikisar sehingga sebati. Selepas itu, daging tersebut
akan dimasak dalam periuk dengan menambah air,garam, serai, lada secukup rasa,
ajinimoto, dan halia. Tiyula Itum menjadi kegemaran dan kemestian kepada semua
suku kaum suluk jika ada perayaan seperti Perkawinan dan ia jarang-jarang
dimasak kecuali perayaan besar-besaran. Makanan ini juga boleh dimasak
sekiranga sesebuah keluarga itu inginkan makanan ini sebagai makanan makan
tengah hari atau malam.
2. Kinilau
Kinilau
juga merupakan makanan tradisi makanan orang Suluk. Di Sarawak, Kinilau
dikenali sebagai Umai. Kinilau ini diperbuat daripada ikan mentah seperti ikan
kayu diperap dengan menggunakan cuka atau limau. Tetapi, sebelum ikan tersebut
diperap tulang ikan haruslah dibuang dahulu hanya isi ikan sahaja yang akan
diambil dan potong halus. Selepas ikan tersebut kelihatan masak sedikit atau
bertukar warna menjadi warna pucat, ikan tersebut akan di buang air cuka sedikit.
Perencah-perencah seperti mangga, garam, ajinomoto,hirisan bawang besar, tomato
dan lada akan dicampurkan dalam makanan tersebut dan digaul bersama-sama ikan
tersebut. Kinilau ini akan dimakan bersama dengan putu, sinanglag, atau nasi.
Terpulang kepada citarasa seseorang individu tersebut.
3. Putu/
Piyuto
Putu
merupukan sejenis makanan yang berasal daripada ubi kayu. Ubi kayu tersebut
akan diproses dahulu.Ubi yang sudah siap diproses dan menjadi halus akan
dikukus dengan menggunakan peralatan yang dikhususkan untuk memasak putu
seperti, cerek air yang penutupnya digantikan dengan tempurung kelapa.
Tempurung kelapa akan dicantumkan bersama cerek tersebut. Cerek akan di isi air
dan ubi akan dimasukkan kedalam tempurung kelapa dan siap untuk dikukus. Selepas
masak putu tersebut akan diulit dan dipotong menjadi potong kecil-kecil dan
ditaburkan isi kelapa sedikit. Sejarahnya,
semasa zaman Jepun, beras menjadi sukar diperolehi, maka ubi kayu telah
diproses menjadi makanan ruji dan dinamakan putu. ia disebut piutu. ,Makanan
tradisi kaum Suluk ini juga popular dalam kalangan kaum Bajau, khususnya Bajau
Semporna. Pada masakini, putu sudah menjadi makanan tradisional yang dikaitkan
dengan Sabah. Makanan ini hanya terdapat di Sabah dan makanan ini akan di makan
bersama ikan goreng, ikan penggang, kinilai dan apa-apa sahaja jenis lauk.
4. Sinanglag
Makanan
yang berada dalam piring tersebut adalah Sinanglag. Juga merupakan sejenis
makanan yang diperbuat daripada ubi yang sudah diproses. Ubi tersebut akan
digoreng dengan menggunakan minyak masak ala kadar sahaja agar ubi tersebut
tidak melekit dalam kuali. Ubi tersebut akan kelihatan ubi hancur kerana
bentuknya yang kecil apabila sudah masak. Sinanglag ini akan dimakan bersama
lauk seperti ikan dan sebagainya. makanan ini
boleh mengenyangkan sehingga orang ramai tidak perlu makan nasi, selain sesuai
dimakan sepanjang masa.
5. Sinagul
Sinagul
merupakan makanan jenis berkuah. Selain Suluk, makanan ini juga sebenarnya
salah satu makanan suku kaum Bajau yang terdapat di Sabah. Sinagul merupakan
masakan yang dimasak dengan menggunakan makanan laut seperti ikan buntal dan
dimasak dengan santan serta kunyit.
6. Tihi-tihi
Marupakan
makanan laut yang sudah menjadi makanan tradisi suku kaum Suluk sejak dari dulu
lagi. Tihi-tihi ini merupakan landak laut dan digaul dengan rempah-rempah
seperti limau,mangga,bubuk dan lada. Isi landak tersebut yang sudah dicampur
dengan rempah-rempahnya akan dicampurkan dengan sinanglag dan digaul sehingga
sebati dan boleh dimakan begitu sahaja.
No comments:
Post a Comment