Hanya Tuhan yang mengetahui apa yang dikehendaki-NYA.....kerana Allah lagi Maha Mengetahui. Kita Hanya mampu merancang sedangkan yang menentukan segala takdir hanya Allah S.W.T. Aku merancang macam mana pun, kalau tanpa izinnya ia tidak akan terjadi. Apa yang kita kehendaki itu kadang kala tidak baik untuk diri kita sebab itu Allah menggagalkan segala apa yang kita rancang pada awalnya. Sekarag aku hanya mampu berserah. Kalau ada jodoh pasti aku akan bertemu dengan dia. Aku sanggup berlapar, sanggup makan tidak berlauk, sanggup makan bubur setiap hari demi untuk mengumpul duit beli tiket untuk berjumpa dengan dia tapi dengan izin Allah segala apa yang rancangkan semuanya hancur dan menyedihkan kerana tiket yang dia tempah tu bercanggah dengan tarikh last paper exam ku. Takkan gara-gara mahu berjumpa aku sanggup mengabaikan masa depan ku. Tapi, duit tu lah duit belanja ku di U aku kumpul-kumpul sehinggakan aku dapat membeli tiket tersebut. Kalau aku tidak menyuruh dia tuk tempahkan tiket tu pasti semuanya berjalan lancar. Tapi apakan daya ku semua sudah terjadi. Mahu tidak mahu aku terpaksa balik Sabah. Tapi hati ini sangat-sangat sedih kerana banyak perkara yang aku ingin bincangkan dengan dia dan aku juga bersedih kerana duit ku hilang tanpa hasilnya. Semuanya habis begitu saja. Dia aku tak dapat jumpa aku pun tak dapat balik. Adakah ini petanda yang dia bukan lah jodohku...? Hati ini sangat sedih tapi aku tidak boleh berbuat apa-apa selain memendamkan segala kesedihan dihati.