Pages

Followers

Wednesday, 17 July 2013

Hanya sekadar MOTIVASI.....

Berusaha untuk selalu berfikir positif dan optimis dalam semua kesulitan ,

Jangan terobsesi pada pengalaman masa lalu atau masa depan, tapi tataplah masa kini. Masa lalu sudah lewat, tak akan kembali lagi, masa depan itu belum terjadi jadi kita tak tahu apa yang terjadi dan akhirnya hanya berangan berharap sesuatu, tapi di masa kinilah, kita harus menentukan dan membuat keputusan terhadap diri kita.

Masalah adalah ujian pendewasaan. Jadi tidak ada alasan menyalahkan orang lain. Beranikan diri sendiri dan jadilah pribadi yg dewasa.


Persahabatan.....





“Teman itu seperti bintang 

Tak selalu nampak Tapi selalu ada dihati, 
Sahabat akan selalu menghampiri ketika seluruh dunia menjauh,
Karena persahabatan itu seperti tangan dengan mata,
Saat tangan terluka, mata menangis,
Saat mata menangis, tangan menghapusnya”.

Tuesday, 16 July 2013

Cerita pendek : Halangan

Aku hanyalah manusia biasa yang tidak pernah lepas daripada  buat kesilapan. Aku dipandang begitu hina dan rendah oleh manusia bertuah yang yang menghuni muka bumi ini. Aku dilahirkan di muka bumi ini bukan untuk di hina, di sakiti dan di aniaya. Ya, aku tahu setiap manusia itu punya kekurangan dan kelebihan masing-masing. 

Aku juga manusia biasa yang dahagakan CINTA. Siapa yang tidak mahu menikmati cinta dalam hidup kan. Dah lah hidup di dunia ini hanya sekali. Jadi, kita harus menikmati apa sahaja yang ada di dunia ini sebelum terlambat. Kadang-kadang, aku terfikir yang seseorang itu biarlah berjaya di masa silam daripada berjaya di masa hadapan yang belum tentu kita ketahui apa pengakhirannya. Pengalaman dalam hidup seseorang begitu berharga kerana tidak semua orang mempunyai pengalaman yang indah.

Tapi, kisah silam ku dan pengalaman hidupku begitu membosankan. Tidak kisah yang menarik melainkan kesedihan yang meliputi liku-liku kehidupanku. Aku begitu sayangkan seseorang, tapi cinta kami mendapat halangan daripada mama ku sendiri. Mama ku hanya memandang kepada bangsa dan latar belakang sesuatu bangsa tanpa dia kenali seseorang itu. Dia hanya menuduh meluluh dan beranggapan bahawa semua bangsa itu adalah sama. Pendek kata, mamaku seorang yang tegas dan berpandangan negatif terhadap bangsa lain iaitu mamaku bersikap perkauman. 

Sepatutnya, mama berpandangan jauh bahawa dunia masa silam mereka tidak sama dengan masa sekarang. Dunia sudah berubah. Tapi, mama hanya pentingkan nama,adat, tanggapan orang dan perkauman. Jika dia hanya mahu keturunannya berkahwin dengan hanya keturunannya sahaja sampai bilalah keluarga ini akan membesar. Namun, aku merupakan seorang anak kuat membantah. Aku tidak mahu hidup kelompok itu sahaja. Aku mahu buktikan kepada mama yang tanggapannya itu adalah salah. Setiap bangsa itu pasti ada yang baik dan yang jahat. Dia tidak boleh berpandangan seperti itu. Aku harus ubah cara pemikiran mereka.

Aku cintakan seseorang yang bukan pilihan mereka. Apabila kita sudah mencintai seseorang kita akan cinta dan sayangkan mereka. Namun, jangan lah bagi 100 peratus kepercayaan kepada mereka. Kelak mereka akan memperbodohkan kita. Kita harus kenal budi baik si dia, keluarganya, latar belakangnya dengan baik, memehami mereka, terima mereka apa adanya walaupun tidak setaraf sama dengan kita, yang penting hati kita ikhlas dalam menyukai seseorang. Itu pasti akan menjamin kebahagiaan yang kita inginkan.

Bila dua hati sudah sebati dalam mencintai antara satu sama lain, memang susah untuk dileraikan. Begitulah kisah cintaku yang bermula dengan perkenalan oleh sahabat kami bertukar kepada suka sama suka. Kata orang cinta pandang pertama. Tapi, aku sedih kerama mama tidak suka akan bangsanya. Namun, aku tetap nekad. Aku akan bersama dengan dia. Aku akan buktikan yang semua bangsa itu tidak jahat. 

Malam itu, aku buat panggilan kepada orang yang aku sayang. Maklumlah cinta jarak jauh. Hanya panggilan telefun atau sms sahaja yang dapat mengeratkan hubungan kami. Cinta jarak jauh memang menyeksakan. Kita harus redha dan berdoa sahaja yang dia tidak mengkhianati kita. Percayalah kepada hukum karma. Kalau dia bersikap jujur kepada kita nescaya kita juga akan bersikap jujur kepada si dia.


Selepas aku membuat panggilan telefun kepada si dia, mama telah memarahi aku dan memukul aku. Alasannya, aku telah berubah kunun sejak aku dihantar belajar jauh-jauh kerana sepanjang hari aku asyik pegang telefun sahaja. Macam mana aku tidak pegang telefun kalau aku tidak ada kerja juga. Aku makan, minum,mandi dan memasak juga. Tapi, tidak tahu lah sejak aku balik cuti semester ni mama dah bersikap dingin sama aku. Lebih-lebih lagi, dia selalu bandingkan aku sama anak kesayangannya tu. Iaitu, adik bongsu kami. Mama tidak boleh melihat aku pasti aku kenah marah. Aku diam-diam saja diperlakukan begitu. Jika aku melawan dan menegur sikapnya aku akan di kata derhaka dan sudah pandai menjawab. Semuanya salah di matanya. Aku geram dan sakit hati. ya, Allah bukakan lah pintu hati amamku ni......aku tidak sangkah sikapnya akan menjadi kejam begini selepas balik dari menunaikan haji. Aku terasa betul yang aku ni macam bukan anak kandung mama sahaja. Kenapa aku diuji macam ini? Apa salah cintaku? Janganlah cinta ku dihalang seperti ini ya Allah. Cukuplah, jarak yang memisahkan kami.




Keluargaku.....


Ini adalah gambar adik-beradik ku....walaupun,kadang-kadang kami tak sehaluan tapi kami selalu bersama-sama.....bak kata pepatah, air yang dicincang takkan putus.....hehehehe......
kadang-kadang,kita lebih senang bersama dengan family kita sendiri berbanding dengan kawan-kawan. jikalau kawan yang kita dapat tu hanya menyakitkan kita dan menyalahkan kita tanpa kita ketahui apalah salah kita....setahu aku, kawan sebenar adalah kawan yang sentiasa memaafkan kita,menegur kita kalau kita salah dan selalu jadi pembimbing kita kearah kebaikan.....bukan untuk dijadikan boneka dan mainan.


Bunga Impianku......


Tulip (Tulipa) merupakan genus sekurang-kurangnya 100 jenis bunga. Tulip boleh didapati di kawasan selatan Eropah, utara Afrika, dan Asia dari Anatolia dan Iran (dimana bunga ini dicadangkan pada bendera kebangsaan, dari timur ke timur-laut China dan Jepun.

   Bunga berbentuk lonceng ini sangat populer di Eropa sehingga muncul istilah Tulipomania, atau kegilaan akan bunga Tulip.  Orang-orang memberikan karangan bunga Tulip kepada orang-orang yang dikasihinya. Jadi, kalau di Hari Valentine ini pacarmu memberimu rangkaian bunga Tulip, hatimu boleh berbunga-bunga. Itu tandanya dia sangat tergila-gila sama kamu dan cintanya mati hanya buat kamu.  Kalau dia  memberimu bunga Tulip kuning, itu pertanda dia tak tahan melihat senyum manismu, Ahalai......indahnya, kalau aku dapat orang mcm tu hadir dalam hidup ku......
waktu kecil-kecil dulu,aku selalu berangan-angan dapat bunga daripada sang kekasih bila besar nanti. namun, itu semua hanya angan-angan sahaja. Ternyata sehingga kini aku masih belum mendapatkan bunga daripada sang kekasih.....hmmmm,malang sungguh nasib badan.